Pada minggu ini tugasan saya ialah pilih 2 artikel jurnal yang berkaitan dengan tajuk saya iaitu Internet and Computer Security(virus,spam and phishing) secara online materials dengan melayari laman web
Saya perlu membuat research terhadap jurnal yang dicari dan ia memakan masa yang agak lama kerana kebanyakkan jurnal adalah dalam bahasa inggeris dan saya agak kurang mahir dalam bahasa inggeris.
Selepas selesai saya membuat research tentang tajuk saya merujuk semua bahan yang dicari,saya akan berkongsi maklumat dengan partner saya dan kami perlu membuat satu laporan mengenai apa yang harus dilakukan di Malaysia berkaitan tajuk tugasan pertama kami iaitu Internet and Computer sSecurity(virus,spam and phishing)
Ini ialah hasil laporan yang kumpulan saya dapat hasilkan,
Keselamatan Komputer Dan
Internet(Spam,Virus,Phishing)
Oleh:Nadia Syuhada Binti Osman
Selangor
– Penggunaan internet kian meningkat dikalangan penduduk di negara
ini dalam kehidupan seharian.Apatah lagi dengan pelbagai kemudahan
rangkaian jalur lebar yang memudahkan pengguna mengakses pelbagai
maklumat.Bukan itu sahaja,syarikat telekomunikasi juga turut
menawarkan pakej dengan harga semurah RM49 sebulan menyebabkan
masyarakat di negara ini mampu untuk memilikinya.
Disebalik celik
internet dikalangan warganegara Malaysia,timbul pula persoalan moral
yang dibangkitkan seperti buli siber,pencurian data,kemunculan
virus,spam,phishing dan sebaginya.
Secara
umumnya,virus merupakan suatu program komputer yang berupaya menyalin
dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun
pengetahuan pengguna.Virus komputer boleh merosakkan komputer dengan
cara menghapuskan perisian dan mengganggu sistem pengoperasian serta
mempunyai keupayaan yang canggih dalam penjangkitan dan merosakkan
fail pengguna tanpa disedari.
Virus komputer
merupakan sebuah istilah umum untuk menggambarkan segala jenis
serangan terhadap komputer.Dikategorikan dari segi kerjanya,virus
komputer dapat dikelompokkan kedalam beberapa kategori iaitu
Trojan,Backdoor,Spyware,Rogue,Polymorphic virus dan banyak lagi.
Sebagai
pengguna,kita juga perlu mengetahui sebab-sebab virus
dicipta,Antaranya ialah sebagai projek penyelidikan,sebagai
usikan,sebagai laku musnah,penyerang produk-produk tertentu dan
sebagai penyebar pesanan politik.
Kewujudan virus
telah memberi kesan yang ketara kepada komputer pengguna.Kerosakan
yang dilakukan oleh virus tiada hadnya kerana ia mampu melakukan apa
sahaja kepada komputer kita.Antara kesan-kesannya ialah memadamkan
fail-fail simpanan dalam cakera keras,mengubah atur cara dengan
memberikan laluan kepada penceroboh dan sebagainya.
Menyentuh tentang
penyebaran virus,virus tersebar dengan pelbagai cara.Misalnya ialah
dengan cara penggunaan media disk,melalui jaringan dan juga
internet.Penggunaan attachment pada email juga merupakan salah satu
cara penyebaran virus.
Bukan itu
sahaja,pengguna juga perlu mengetahui tentang Spam.Spam merupakan
unsocilited bulk email yang dikirimkan kepada ribuan
penerima.Contohnya,spam biasanya dikirimkan oleh suatu perusahaan
untuk mengiklankan suatu produk,hal ini menyebabkan semakin padatnya
queue dari mail sever yang telah digunakan.
Antara ciri-ciri
spam yang perlu kita ketahui adalah spam biasanya menjadi penghubung
virus.Contohnya,ketika anda klik link yang dihantar oleh spam
menyebabkan virus tersebar dalam komputer anda.Ciri kedua ialah
sifat spam adalah mengganggu dan membuat pengguna berasa tidak selesa
akan kewujudannya.Dan spam juga biasanya mengandungi
software,video,muik dan pornografi.
Kewujudan spam
telah meninggalkan impak yang besar kepada pengguna
komputer.Antaranya ialah sambungan rangkaian internet menjadi
perlahan,banyak membazirkan masa dan produktiviti kerja bagi
menghasilkan spam dan spam ini juga memerlukan tempat penyimpanan
untuk email yang tidak diperlukan.
Selain daripada
virus dan spam,pengguna komputer juga perlu mengetahui tentang
phishing.Phishing merupakan suatu bentuk penipuan yang bercirikan
dengan percubaan untuk mendapatkan informasi atau maklumat peka
seperti kata sendi dan kat kredit dengan menyamar sebagai orang atau
bisnes yang terpercaya atau terpengaruh dalam sebuah komunikasi
elektronik rasmi.
Bagi mengelakkan
berlakunya phishing dalam komputer pengguna,pengguna hendaklah
mengikuti panduan-panduan Keselamatan Nama Pengguna Dan Kata
Laluan.Antaranya ialah menggunakan nama pengguna yang unik bagi
mengelakkan pencerobohan,menggunakan kata laluan yang senang diingat
tetapi sukar diteka,melakukan amalan tukaran kata laluan secara
berkala dan banyak lagi.
Oleh itu,sebagai
pengguna komputer,kita perlulah mengetahui apa itu virus,spam dan
phishing dengan lebih mendalam lagi supaya ia tidak mengganggu atau
merosakkan fail-fail yang terdapat dalam simpanan komputer pengguna.
Rujukan