CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 27 October 2011

KELAS MINGGU KE 7 & 8



   Sekarang ini tugasan saya adalah download software Statistical Package for Social Science(SPSS) atau dikenali pakej statistik bagi sains sosial.SPSS adalah sebuah program aplikasi yang memiliki kemampuan analisis statistik yang cukup tinggi.

       Untuk mengisi data ke dalam SPSS :

  • Data daripada soalan survey google doc diambil dan dimasukkan ke dalam SPSS.
  • Borang soal selidik yang lengkap perlu ditandakan id supaya ia menjadi lebih mudah untuk dimasukkan data ke dalam SPSS.
  • Semua analisis yang diedarkan melalui borang dan secara online akan dikumpulkan dan dimasukkan  ke dalam SPSS.
  • Semua data ini perlu ditunjukkan dalam bentuk kuantitatif supaya ia lebih jelas iaitu dalam bentuk graf.
      Langkah 1: Variable view
  1. Name :- isi no soalan dan demografi
  2. Type :- Numeric(width=8) , (decimal places=0)
  3. Label :- salin soalan yang terdapat mengikut urutan yang terdapat dalam borang soal selidik kita
  4. Value :- nyatakan pilihan jawapan yang kita sediakan.Contoh > 1=ya.2=tidak
  5. Align :-pilih left
  6. Measure :- pilih nominal @ordinal bergantung kepada jenis soalan 
  7. Role :-input

     Langkah 2: Data view
  1. Isi setiap kotak dengan jawapan yang telah di jawab oleh respondens
  2. Setelah selesai masukkan data,perlu tukarkan ke dalam bentuk graf untuk memudahkan membuat laporan
  3. tekan analyze > descriptive statistic > frequencies > variable yang dikehendaki > statistics-quartile > mean/median
  4. pilih jenis graf yang kita kehendaki(bar chart,pie,histogram)
  5. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh melayari laman web ini..http://my.ilstu.edu/~mshesso/SPSS/tutorial.html

Setelah kesemua data dan graf selesai,saya dan pasangan saya perlu menyiapkan satu laporan berdasarkan kesemua data yang kami perolehi.



Laporan yang perlu disiapkan mestilah mengandungi
  • Abstraks
  • Pengenalan
  • Kajian lepas
  • Metod kajian
  • Dapatan kajian
  • Perbincangan
  • Cadangan dan Kesimpulan






Wednesday 26 October 2011

KELAS MINGGU KE 6

   Sekarang sudah minggu ke 6 saya belajar komputer dalam pendidikan.Semakin hari semakin banyak ilmu pengetahuan yang saya perolehi tentang komputer.Tugasan minggu ini ialah membuat questionner secara on9.Saya dan rakan saya perlu membuat 10 soalan questionner yang berkaitan tajuk kami dalam surveymonkey dan google doc.


  • Langkah: 1


  • Disini saya perlu membuat 10 soalan berkaitan dengan tajuk saya.

                                
                               

  1. *Klik dekat create survey>isikan tajuk soalan anda dan pilih kategori >Klik continue
  2. *Disini anda boleh memilih tema soalan anda > add question >pilih jenis soalan yang anda inginkan > taipkan soalan anda beserta dengan jawapannya sekali
  3. *Save change 
  4. *Anda juga boleh meletakan required soalan iaitu rakan anda wajib menjawab soalan tersebut dan tidak boleh skip.
  5. *Anda juga boleh edit soalan anda jika anda berasa ia tidak sesuai hanya klik edit question.
  6. *Begitulah seterusnya dan anda boleh kongsikan soalan anda dengan rakan yang lain hanya dengan copy link yang dibagi setelah anda selesai membuat soalan.
  • Langkah 2
  • Seterusnya saya perlu membuat soalan yang sama di google doc,seperti gambarajah di bawah:
  1. Anda perlu log in akaun gmail > klik document > klik create-form
  2. Tulis tajuk soalan anda diruang yang disediakan.
  3. Caranya adalah sama dengan membuat soalan di surveymonkey seperti yang saya jelaskan diatas' * ' .



      • Langkah 3
          Setelah selesai membuat soalan,saya perlu berkongsi dengan rakan dari kumpulan lain untuk mendapatkan feedback dan juga saya perlu masukkan link soalan saya ke dalam yahoogroups ge1155>Assingment 5'mini research' >Internet and Computer Security(virus,spam,phishing).


      Langkah terakhir saya ialah print soalan saya sekurang-kurangnya 10 helai untuk dibahagikan kepada pelajar kampus untuk mendapatkan maklumbalas mengenai soalan tersebut.

      Sekian sahaja tugasan saya pada minggu ini..Ikutilah blog saya..komen anda amat diperlukan untuk memperbaiki kelemahan blog saya.




      .
















        Thursday 20 October 2011

        KELAS MINGGU KE 5

        Tugasan 4,
        Assalamuailaikum semua,
        minggu nie,saya diberi tugasan mengenai Computer in Educational Research.

        Apa yang perlu saya buat ialah : Research Process

        Saya perlu belajar mengenai Educational Research Process dengan melayari laman web yang telah diberikan:


        Selain itu,saya juga perlu mengkaji maklumat mengenai Literature Review dengan melayari lamn web yang diberikan:


           Pada minggu ini tugasan saya ialah pilih 2 artikel jurnal yang berkaitan dengan tajuk saya iaitu Internet and Computer Security(virus,spam and phishing) secara online materials dengan melayari laman web
        http://www.ukm.my/library/ Laman web ini hanya boleh di access di kawasan fakulti sahaja.
            Saya perlu membuat research terhadap jurnal yang dicari dan ia memakan masa yang agak lama kerana kebanyakkan jurnal adalah dalam bahasa inggeris dan saya agak kurang mahir dalam bahasa inggeris.
        Sehubungan dengan itu juga saya mencari 1 artikel daripada  http://scholar.google.com.my/ dan 1 buku yang berkaitan dengan tugasan 1 saya melalui laman web http://books.google.com/.

           Selepas selesai saya membuat research tentang tajuk saya merujuk semua bahan yang dicari,saya akan berkongsi maklumat dengan partner saya dan kami perlu membuat satu laporan mengenai apa yang harus dilakukan di Malaysia berkaitan tajuk tugasan pertama kami iaitu Internet and Computer sSecurity(virus,spam and phishing)


        Ini ialah hasil laporan yang kumpulan saya dapat hasilkan,


                        Keselamatan Komputer Dan Internet(Spam,Virus,Phishing)
                                     Oleh:Nadia Syuhada Binti Osman




        Selangor – Penggunaan internet kian meningkat dikalangan penduduk di negara ini dalam kehidupan seharian.Apatah lagi dengan pelbagai kemudahan rangkaian jalur lebar yang memudahkan pengguna mengakses pelbagai maklumat.Bukan itu sahaja,syarikat telekomunikasi juga turut menawarkan pakej dengan harga semurah RM49 sebulan menyebabkan masyarakat di negara ini mampu untuk memilikinya.

        Disebalik celik internet dikalangan warganegara Malaysia,timbul pula persoalan moral yang dibangkitkan seperti buli siber,pencurian data,kemunculan virus,spam,phishing dan sebaginya.

        Secara umumnya,virus merupakan suatu program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna.Virus komputer boleh merosakkan komputer dengan cara menghapuskan perisian dan mengganggu sistem pengoperasian serta mempunyai keupayaan yang canggih dalam penjangkitan dan merosakkan fail pengguna tanpa disedari.

        Virus komputer merupakan sebuah istilah umum untuk menggambarkan segala jenis serangan terhadap komputer.Dikategorikan dari segi kerjanya,virus komputer dapat dikelompokkan kedalam beberapa kategori iaitu Trojan,Backdoor,Spyware,Rogue,Polymorphic virus dan banyak lagi.
        Sebagai pengguna,kita juga perlu mengetahui sebab-sebab virus dicipta,Antaranya ialah sebagai projek penyelidikan,sebagai usikan,sebagai laku musnah,penyerang produk-produk tertentu dan sebagai penyebar pesanan politik.

        Kewujudan virus telah memberi kesan yang ketara kepada komputer pengguna.Kerosakan yang dilakukan oleh virus tiada hadnya kerana ia mampu melakukan apa sahaja kepada komputer kita.Antara kesan-kesannya ialah memadamkan fail-fail simpanan dalam cakera keras,mengubah atur cara dengan memberikan laluan kepada penceroboh dan sebagainya.
        Menyentuh tentang penyebaran virus,virus tersebar dengan pelbagai cara.Misalnya ialah dengan cara penggunaan media disk,melalui jaringan dan juga internet.Penggunaan attachment pada email juga merupakan salah satu cara penyebaran virus.

        Bukan itu sahaja,pengguna juga perlu mengetahui tentang Spam.Spam merupakan unsocilited bulk email yang dikirimkan kepada ribuan penerima.Contohnya,spam biasanya dikirimkan oleh suatu perusahaan untuk mengiklankan suatu produk,hal ini menyebabkan semakin padatnya queue dari mail sever yang telah digunakan.

        Antara ciri-ciri spam yang perlu kita ketahui adalah spam biasanya menjadi penghubung virus.Contohnya,ketika anda klik link yang dihantar oleh spam menyebabkan virus tersebar dalam komputer anda.Ciri kedua ialah sifat spam adalah mengganggu dan membuat pengguna berasa tidak selesa akan kewujudannya.Dan spam juga biasanya mengandungi software,video,muik dan pornografi.

        Kewujudan spam telah meninggalkan impak yang besar kepada pengguna komputer.Antaranya ialah sambungan rangkaian internet menjadi perlahan,banyak membazirkan masa dan produktiviti kerja bagi menghasilkan spam dan spam ini juga memerlukan tempat penyimpanan untuk email yang tidak diperlukan.
        Selain daripada virus dan spam,pengguna komputer juga perlu  mengetahui tentang phishing.Phishing merupakan suatu bentuk penipuan yang bercirikan dengan percubaan untuk mendapatkan informasi atau maklumat peka seperti kata sendi dan kat kredit dengan menyamar sebagai orang atau bisnes yang terpercaya atau terpengaruh dalam sebuah komunikasi elektronik rasmi.

        Bagi mengelakkan berlakunya phishing dalam komputer pengguna,pengguna hendaklah mengikuti panduan-panduan Keselamatan Nama Pengguna Dan Kata Laluan.Antaranya ialah menggunakan nama pengguna yang unik bagi mengelakkan pencerobohan,menggunakan kata laluan yang senang diingat tetapi sukar diteka,melakukan amalan tukaran kata laluan secara berkala dan banyak lagi.

        Oleh itu,sebagai pengguna komputer,kita perlulah mengetahui apa itu virus,spam dan phishing dengan lebih mendalam lagi supaya ia tidak mengganggu atau merosakkan fail-fail yang terdapat dalam simpanan komputer pengguna.

        Rujukan
















        Tuesday 11 October 2011

        KELAS MINGGU 3 ~4

                                   INTERNET AND COMPUTER SECURITY
                                                 (Virus,Spam,Phishing)


           Tajuk tugasan yang saya dapat minggu nie agak susah juga,sebab saya dengan zaihan perlu mencari maklumat satu persatu apa itu virus,spam dan phishing.Hasil pencarian kami kebanyakannya maklumat yang kami dapat adalah mengenai virus.Tapi tak pe,usaha tanda kejayaan.Kami mencuba sebaiknya dalam menyiap tugasan yang diberikan.


         Apa sebenarnya virus komputer ?

           Mengikut pemahaman saya virus komputer ialah satu program komputer yang menggandakan diri dengan memasukkan salinan dirinya ke dalam media simpanan atau dokumen serta ke dalam rangkaian secara diam-diam tanpa pengetahuan pengguna komputer tersebut.Kesan dari virus komputer sangat pelbagai bermula dari hanya muncul mesej-mesej aneh hingga merosakkan komputer sehingga menghapuskan fail atau dokumen pengguna.Contoh virus yang dikenalpasti adalah Virus Worm,Trojan dan Spyware.

        Apa yang dimaksudkan dengan Spam ?

         Spam adalah pesan apa saja yang dikirim ke berbagai penerima yang tidak secara khusus memintanya.Dengan kata lain,spam sebahagian besar merupakan sampah.


        Apa itu komputer phishing ?

           Phishing adalah cubaan penipuan biasanya dibuat melalui email untuk mencuri maklumat peribadi kita.Phishing email biasanya kelihatan seperti di hantar oleh syarikat yang sah dan diketahui umum.Pada kebiasaannya email yang dihantar akan meminta maklumat peribadi penerima email seperti nombor kad kredit,nombor akaun bank dan kata laluan.Email tersebut akan meminta penerima supaya klik di pautan ke laman web di mana maklumat peribadi penerima akan diminta.Penjenayah internet akan berjaya “phish” maklumat peribadi penerima,sekiranya penerima telah menaipkan username/nombor akaun serta kata laluan di ruangan yang disediakan di laman web melalui pautan tersebut.Ramai orang yang kehilangan wang mereka dengan terpedaya dengan iklan di email.





            Dimanakah Virus,Spam,Phishing berlaku ?

           Selalunya virus,spam dan phishing berlaku di dalam email seseorang.Selain itu juga ia berlaku di dalam komputer apabila semua file yang kita simpan hilang akibat virus ini.Phishing selalunya terjadi apabila seseorang itu terlibat dengan bisness secara online.Kebanyakan ia berlaku di dalam setiap komputer.

        Kenapa wujudnya Virus,Spam dan Phishing ?


           Virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio.
        Spam pula wujud kerana kebanyakan spammers menggunakan teknik “hit and run” spamming dimana mereka menggunakan account dail dari sebuah provider selama beberapa hari (untuk trial) untuk mengirimakan ribuan dan kemudian meninggalkan account tersebut, sehingga akan meninggalkan masalah baru bagi para provider. Kebanyakan spammer telah melakukan hal ini puluhan kali, memaksa para provider untuk meluangkan waktu ekstra untuk membereskan masalah ini.
         Phishing wujud kerana,orang mengatakan kalau ada demand adalah supplykan.Berdasarkan konsep ini,jika terdapat permintaan tinggi daripada pelanggan maka wujudlah peniaga yang akan memenuhi permintaan dari pelanggan.Maka bagi menjawab persoalan mengapa laman web phishing ini wujud amat mudah iaitu masih ada orang yang tertipu dengan skim penipuan seperti ini.

        Sekian saja daripada saya minggu ini..Ikuti blog saya.

        Friday 7 October 2011

        KELAS MINGGU 2

        Assalamualaikum semua,
        ini sudah minggu ke dua saya berada dalam kelas komputer ni,minggu nie saya dan pasangan saya membincangkan tentang Learning Management System(LMS) atau dalam bahasa melayunya dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran.LMS ini adalah mengenai satu perisian yang digunakan di semua IPTA dalam proses pembelajaran.

          Apa yang saya faham dengan LMS ini adalah ia adalah merupakan sebuah aplikasi pendidikan yang digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.LMS ini juga terbahagi kepada 2 iaitu proprieatary dan open source.Contoh yang dapat saya kongsikan berkaitan aplikasi ini ialah SPIN yang digunakan oleh semua pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia termasuklah saya sendiri.SPIN adalah sebuah sistem maklumat yang digunakan oleh pensyarah dalam penyampaikan pelbagai maklumat terkini berkaitan kursus masing-masing.

           Mengapa LMS diwujudkan ?
        • Memudahkan pelajar dan pensyarah berinteraksi dalam memberi pelbagai maklumat.
        • Sistem ini berkembang dengan cepat dan digunakan dengan meluas sebagai sistem maklumat dan sistem pangkalan data untuk menguruskan dan mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
        • membuka dimensi baru dalam pendekatan pengajaran-pembelajaran kerana keupayaannya membekalkan sumber maklumat yang pelbagai menggunakan ejen pencari dan ejen direktori yang efisyen.
        Dimana LMS digunakan ?

        • Biasanya SPP digunakan di sekolah-sekolah.
        •  Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).


        Siapa yang menggunakan LMS ini ?
        • Pendidik menggunakan perisian ini kerana ia adalah kaedah yang paling mudah untuk berhubung dan berkomunikasi dengan para pelajar dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Bukan itu sahaja,ia juga memudahkan para pendidik menganalisis tugasan dan data pelajar, mengagihkan tugas kepada pelajar dan memberi maklumat tentang kelas dan kursus-kursus mereka.Perisian ini adalah mudah, menjimatkan masa dan boleh diakses bila-bila masa sahaja.

        Bagaimana LMS ini digunakan ?
        Untuk menggunakan perisian ini,seseorang individu perlu mendapatkan kata laluan dan mendaftar sebagai pengguna.Selepas mendaftar,barulah mereka boleh mengekses dan meneroka pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang mudah dan berkesan.

        Kebaikan penggunaan LMS ?
        • Konsisten : Membantu memastikan semua maklumat anda diselaraskan.Contohnya:memberi kelebihan kepada guru-guru yang sedang bercuti atau cuti sakit kerana para pelajar boleh menerima bahan kajian dalam ketiadaan guru mereka.
        • Easy-learning : Semua maklumat diperolehi dihujung jari.LMS menjadikan pembelajaran menjadi lebih mudah dan mempunyai banyak kelebihan serta keupayaan.
        • Pelbagai fungsi : SPP berkembang bertujuan untuk melakukan apa-apa sahaja pat anda bayangkan dengan cara yang lebih mudah dan efektif.
        • Memuat turun nota:Memudahkan pelajar untuk memuat turunkan nota pelajaran melalui cara SPP disaat mereka memerlukan bahan rujukan tersebut.
        • Membuat penilaian : Penilaian boleh dilakukan secara berkala dan konsistens.

        Open source LMS ??
        1. Docebo - Digunakan dalam persekitaran pendidikan koporat dan lebih tinggi.Menawarkan sokongan untuk beberapa model pembelajaran yang berbeza dan serasi dengan SCORM 2.2 dan 2004.


        2. Efront - Memasang asas adalah cukup minimal,tetapi ini adalah mudah dilanjutkan dengan modul dan boleh didapati dalam laman web ini.Versi komersial dengan ciri-ciri tambahan juga disediakan.
        3. ILIAS - Menyedikan alat-alat pengujian dan penilaian serta alat kerjasama seperti chat dan forum,dan teknologi peredaran seperti RSS dan podcast.
        4. OLAT - Satu sistem yang diketengahkan di dalam tahun kesepuluh pembangunan.
        5. Ganesha - Dibangunkan oleh Anema.Diwujudkan sejak tahun 2001 dan digunakan dalam beberapa pertubuhan yang besar.

        Tuesday 4 October 2011

        KELAS MINGGU 1

        Assalamualaikum W.B.T


          Komputer dalam pendidikan merupakan satu benda baru bagi saya,ini kerana sebelum ini saya tidak mengambil berat tentang ICT dalam kehidupan harian saya.Dari sini saya dapat belajar dengan lebih mendalam bahawa pentingnya ICT pada masa kini kerana semua maklumat yang disampaikan oleh pensyarah adalah secara online.Dengan adanya kursus ini,banyak ilmu pengetahuan berkaitan komputer yang dapat saya pelajari.


          Pertama sekali ialah saya belajar cara membuat yahoo account dan google account.Untuk setiap akaun yahoo dan google saya perlu meletak signature saya seperti nama,program saya,kesemua alamat email saya dan juga nombor telefon untuk kemudahan pensyarah mahupun rakan-rakan yang lain menyampaikan maklumat.


        Proses membuat yahoo akaun :Klik laman sesawang yahoo,klik sign in dan create account. Ikut arahan selanjutnya dan isi maklumat tentang diri pelajar.Setelah selesai lengkapkan signature.
        Proses membuat google akaun:Buka laman google,klik gmail dan create accout.Ikut arahan diberikan dan lengkapkan butiran tentang diri pelajar.Setelah selesai lengkapkan signature.


          Kedua,saya belajar membuat group dalam facebook sahaja kerana akaun facebook saya sudah ada.Dalam group facebook saya perlu meletak nombor matrik,nama group,nama dan program saya.Contohnya: a136859s1k4(Nadia Syuhada-Pendidikan Khas).Kepentingan dalam group ini adalah saya boleh berbincang secara online dengan rakan saya mengenai tugasan yang diberikan oleh pensyarah pada bila-bila masa sahaja walaupun kami tinggal di kolej yang berlainan.


          Seterusnya,saya perlu sertai yahoo group http:groups.yahoo.com/group/ge1155-2011 dan mengisi maklumat tentang diri saya seperti dalam facebook group iaitu nombor matrik,group,nama dan program.Selepas Puan Norhafizah approve saya dalam group tersebut saya dikehendaki mengisi maklumat di database iaitu student information dan pair and triplet.Yahoo group adalah sangat penting kerana semua maklumat yang dibincangkan oleh pensyarah dengan pelajar  dapat dikongsi bersama dengan rakan lain yang menyertai group tersebut.


          Akhir sekali,perkara yang amat baru bagi diri saya adalah blog registration.Kerana sebelum ini saya tidak pernah mempunyai blog sendiri untuk berkogsi pengalaman hidup saya.Dengan adanya blog sendiri saya boleh menceritakan apa yang saya pelajari dalam kelas komputer bersama rakan yang lain.Menariknya blog ini adalah kita boleh 'design' sendiri background dan juga wallpaper blog kita mengikut kreativiti kita sendiri.
          Sekian sahaja coretan saya pada minggu ini,apa yang baik semuanya datang dari maha Pencipta kita dan apa yang tidak baik adalah datangnya daripada saya.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr.Siti Fatimah Mohd Yassin sebagai course coordinator saya yang banyak memberi tunjuk ajar pada saya sepanjang kelas komputer ini berlangsung dan tidak lupa juga kepada course lecturer saya Puan Norhafizah yang banyak membantu saya dalam menyiapkan pelbagai tugasan.