CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 26 December 2011

KELAS MINGGU 14

   Salam semua,ini tugasan terakhir saya iaitu database/sistem maklumat pelajar..yang ni xdelar rumit sangat tp ape pun kita kena explore dulu sebelum buat ni.kalau tak memang  tak boleh buat.
Langkah untuk siapkan database ini saya menggunakan OPENOFFICE.ORG BASE.Boleh juga nak guna MICROSOFT EXCESS tapi laptop saya tak de yang ini jadi saya menggunakan openoffice.

Langkah hendak membuat database

  • Mula-mula kita create table in design view.Apa yang perlu dimasukkan dalam table ini adalah
  1. Butiran pelajar
  2. Butiran keluarga
  3. Butiran ko-kurikulum
  4. Butiran kurikulum
  • dalam setiap butiran ini kita perlu masukkan primary key
Gambar 1:


  • Kedua kita perlu buat relationship antara kesemua table-table tu
  1. klik kat tools
  2. tekan relationships
  3. pindahkan data mengikut turutan
  4. dan hubungankan table-table tu dengan garisan 
Gambar 2 :


  • ketiga,kita buat form plak..
  1. klik kat 'use wizard to create form'
  2. pindahkan data ikut turutan dalam relationships untuk memudahkan kita,kerana hendak tulis form nanti kita perlu tulis mengikut urutan kalau tidak,kita tak boleh next untuk data seterusnya.
  3. tekan arrange controls untuk memilih form yang sesuai
  4. tekan apply styles untuk memilih warna yang kita suka..pilih jew mane-mane pun..
Gambar 3 :

  • Da siap semua kita perlu masukkan data pelajar,keluarga,ko-kurikulum,kurikulum satu persatu
  • masukkan butiran pelajar dalam 20 orang pelajar..
  • Langkah seterusnya kita kena lengkapkan Queries
  1. tekan 'use wizard to create query
  2. kemudian pindahkan kesemua data
  3. tekan finish
  4. ulangi langkah yang sama untuk butiran keluarga,ko-kurikulum dan kurikulum
Gambar 4 : 

  • Seterusnya,langkah terakhir kita perlu siapkan report
  1. pilih 'use wizard to create report'
  2. pindahkan data : contohnya pelajar query
  3. pilih 'choose layout' untuk background report kita.
  4. tekan finish
  5. ulangi langkah yang sama sampai kesemua butiran siap dimasukkan
Gambar 5 :




Selesai semua tugasan saya pada semester 1 nie,sekarang tugasan saya adalah burn kan kesemua tugasan saya ini kedalam cd untuk dihantar kepada pensyarah kami.
Sekian,terima kasih...




Sunday 25 December 2011

KELAS MINGGU 13

   Assalamualaikum..minggu ini tugasan saya adalah menyiapkan perancangan belanjawan saya pada tahun 2012 dalam OPENOFFICE.ORG CALC dan keep in grade dan markah pelajar dalam MICROSOFT EXCEL.

1]OPENOFFICE.ORG CALC



  • Masukkan data yang ingin dibelanjakan.
  • Masukkan tarikh dengan menggunakan formula yang telah disediakan.klik pada kotak yang ingin masukkan tarikh > tekan right klik > pilih format cells > pilih date > pilih language Malaysia > klik Ok

  • Setelah masukkan tarikh,kemudian cuma tarik je tarikh tu mengikut bulan.Contoh bulan januari 31 tarikh jelar sampai 31.Senang jew tak payah tulis satu-satu..
  • Seterusnya masukkan anggaran belanjawan  pada tahun 2012 mengikut bulan.
  • Setelah selesai,kita masukkan formula untuk jumlah belanjawan.
  • Klik kotak jumlah belanja > tekan = > masukkan formula satu-satu,Contohnya: C3+D3+E3+F3+G3 > tekan tanda right.


  • Untuk jumlah masuk pula,guna formula yang sama je macam jumlah belanja cuma formula tukar sedikit iaitu I3+J3+K3.Kemudian tarik je cam biasa sampai 31hb...
  • Untuk baki masih guna cara yang sama bagi tarikh 1/1/12 tapi berbeza untuk tarikh 2/1/12.Anda perlu menukarkan sedikit formula itu contohnya : L3-H3+M3..cuma tambah baki M3 je dan tarik macam biasa..
  • Setelah semuanya selesai,anda perlu memasukkan semua jumlah bagi kesemua item.
  • Bagi bulan seterusnya iaitu bulan februari anda boleh copy je yang belanjawan bulan januari cuma anda perlu menukarkan tarikh dan ubahsuai sedikit belanja anda pada bulan februari tu.
  • Untuk baki lepas anda tidak perlu taip satu-satu,kita boleh link kan baki itu dengan baki bulan januari.jadi tak perlu susah nak tulis satu-satu.Caranya :
  1. Anda klik kt baki bulan lepas untuk bulan februari dan anda klik dekat SUM yang sama cam huruf E tu.
  2. Kemudian,anda pergi ke sheet bulan januari,klik kat kotak baki yang last skali tu
  3. Seterusnya,tekan RIGHT yang kat atas tu..
  4. Macam tu lar untuk bulan-bulan yang seterusnya..senang jew..


Inilah hasil belanjawan 2012 kumpulan kami..




2]EXCEL  GRADE PELAJAR



  • Untuk membuat grade pelajar kita juga boleh buat dekat MICROSOFT EXCEL..
  • Mula-mula kita senaraikan nama pelajar kita dan masukkan semua markah subjek yang di ajar.
  • Kemudian,untuk menggred senaraikan skor & gred secara urutan menaik > highlightkan jadual tersebut > klik 'formula' pada toolbars > Define Name > OK
  • Seterusnya,untuk membuat pengiraan bagi markah dan skor : klik kotak gred dan tekan = > klik 'fx' > VLOOKUP >OK > keluar table dan kita kena isi table tu :
  1.    vlookup_value > klik dekat markah kita
  2.     table_array > taip nama define name 
  3.    index_num > 2
  4.      range_lookup > taip TRUE
  • Setelah siap semua,tarik je cam biasa sampai nama pelajar yang last
  • Seterusnya,kita perlu membuat purata markah,sisipan piawaian,markah tertinggi,markah terendah
  • Untuk purata >  tekan = dan taip Average > hightlight kesemua kotak markah untuk subjek bahasa melayu dan tekan enter/right.siap da dan tarikh jew ke tepi..dan delete jew yang tidak berkenaan.
  • Untuk sisipan piawaian > tekan = dan taip STDEV > dan step dia same jew macam purata
  • Untuk markah tertinggi > tekan = dan taip MAX > seterusnya sama jew cam kat purata juga
  • Untuk markah terendah > tekan = dan taip MIN > sama jew cam purata juga

INI CONTOHNYA..




Last sekali kita wat graph,senang jew kita highlight semua jumlah pelajar yang dapat skor A,B,C,D,E dan tekan kat insert p kat graph dan pilih jew graph mane yang sesuai..da siap..


SEKIAN,da siap da tugasan saya pada minggu ini..








Wednesday 21 December 2011

KELAS MINGGU 11 & 12

   ASSALAMUALAIKUM...tugasan saya pada minggu ini adalah presentation skills dan impress.Saya perlu membuat presentation berdasarkan mini research yang telah saya berikan kepada respondens iaitu dalam bentuk borang soal selidik.Saya perlu yang meyiapkan 3 presentation skills iaitu:

  1. presentation google doc
  2. presentation openoffice.org impress
  3. presentation microsoft power point
1) GOOGLE DOC

  • Buka akaun gmail dan klik dekat dokumen.
  • Klik create dan pilih presentation.

  • dalam google doc tidak banyak function yang boleh digunakan
  • Inilah hasil tugasan groups saya.


2) OPENOFFICE.ORG IMPRESS

  • Buka openoffice.org impress
  • klik dekat masterpages,pilih design background.
  • di power point impress kita boleh pilih normal slide/outline/notes/handouts dan slide sorter mengikut kesesuaian untuk kita present nanti..
  • Lengkapkan presentation mengikut tajuk tugasan yang diberikan iaitu berdasarkan hasil kajian yang diperolehi dalam borang soal selidik.
  • Seterusnya,dalam powerpoint impress ini kita juga boleh custom animation.Disini pelbagai jenis animation yang boleh kita masukkan untuk menjadikan slide lebih menarik.



Inilah hasil powerpoint kumpulan kami

















Sunday 11 December 2011

KELAS MINGGU 9 & 10

    Assalamualaikum..tugasan saya minggu ini berkaitan '2D GRAPHIC EDITING SOFTWARE'.Dimana saya perlu menghasilkan satu brosur dan satu booklet yang berkaitan dengan tajuk saya.Untuk menghasilkan tugasan saya perlu mengetahui kesemua tentang grafik dan multimedia.

1) Apa yang dimaksudkan dengan:-

         Gambar Bitmap(BMP) :-
  • Bmp adalah sesuai untuk menyimpan grafik dalam kualiti yang sangat tinggi kerana ia tidak cuba memadatkan sebuah imej tersebut.Ini menyebabkan kebanyakan fail grafik yang menggunakan format ini mempunyai saiz fail yang agak besar.
  • Beberapa format gambar bitmap yang sering dijumpai ialah:GIF,JPEG,BMP dan PNG.
  • Gambar bitmap sangat bergantung kepada resolusi.Jika gambar diperbesarkan maka gambar akan nampak kurang halus sehingga detailnya berkurang.Contoh software yang terdapat bitmap ialah Adobe Photoshop dan Paint.

         Gambar Vector :-
  • Gambar Vektor terdiri dari gabungan koordinat-koordinat titik menjadi garis untuk membentuk sebuah objek,sehingga gambar tidak pecah walaupun diperbesar atau diperkecilkan.
  • Beberapa format gambar vektor ialah :SVG,EPS dan CDR.
  • Gambar vektor tidak bergantung pada resolusi.Jika gambar diperbesarkan atau diperkecilkan ia tidak menjejaskan gambar tersebut.Software yang digunakan untuk membuat gambar vektor adalah CorelDRAW dan Adobe Illustrator.


2) Apakah yang dimaksudkan dengan Graphic Image File Format :-

         JPEG( Joint Photographic Expert Group)
  • Format jenis ini direka untuk memberikan kesan yang lebih baik daripada GIF dalam sesetengah keadaan.JPEG menggunakan teknik pemadatan yang lebih baik dan menghasilkan satu fail grafik yang saiznya lebih kecil.
  • Salah satu kegunaan utama JPEG ini adalah untuk menyimpan fail bagi gambar sebenar.

        GIF( Graphic Interchange Format)
  • Format penyimpanan fail secara GIF sering digunakan untuk menyimpan grafik asas seperti ikon,butang,garisan atau imej-imej yang berbentuk kartun.
      TIFF(Tagged Image File Format)
  • Digunakan bagi tujuan menyimpan fail imej yang dihasilkan oleh peranti-peranti seperti pengimbas imej(scanner),frame grabber ataupun perisian grafik.
  • Ia merupakan antara piawaian atau format fail grafik yang serbaguna dan diterima dengan meluas bagi tujuan mengubahsuai imej-imej warna,hitam putih dan sebagainya.
         WMF(Windows Metafile Format)
  • Format ini digunakan bersama dengan sistem pengoperasian Microsoft windows dan sering digunakan bagi menyimpan imej vektor seperti ''clipart''.Imej yang mempunyai format ini kurang digunakan kerana tidak banyak perisian komputer yang menyokong format fail ini.

3) Apa yang dimaksudkan RGB & CYMK warna :-

      RGB (Red,Green,Blue)
  • Ialah warna-warna asas yang digunakan pada LCD,televisyen,scanner.
  • ia mengabaikan warna hitam
  • tidak boleh digunakan untuk printer colour ia akan menghasilkan warna yang berlainan.
        CYMK(Cyan,Yellow,Magenta,Black)
  • sesuai digunakan untuk printing.
  • Mengabaikan warna putih
  • Menghasilkan warna yang kita kehendaki apabila di print.
Tugasan seterusnya ialah membuat brochure dan booklet..:

 langkah-langkah membuat BROCHURE..
Saya perlu membuka tab microsoft office publisher bagi mendapatkan jenis brochure yang saya perlukan untuk menyiapkan tugasan saya.Seterusnya ialah mengedit brochure yang dipilih mengikut tajuk tugasan masing-masing. 
 inilah contoh brosur saya..




dan ini pula contoh BOOKLET saya..


Sekian sahaja tugasan saya pada minggu ini..saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat membantu sesiapa sahaja yang membacanya.