CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 11 December 2011

KELAS MINGGU 9 & 10

    Assalamualaikum..tugasan saya minggu ini berkaitan '2D GRAPHIC EDITING SOFTWARE'.Dimana saya perlu menghasilkan satu brosur dan satu booklet yang berkaitan dengan tajuk saya.Untuk menghasilkan tugasan saya perlu mengetahui kesemua tentang grafik dan multimedia.

1) Apa yang dimaksudkan dengan:-

         Gambar Bitmap(BMP) :-
  • Bmp adalah sesuai untuk menyimpan grafik dalam kualiti yang sangat tinggi kerana ia tidak cuba memadatkan sebuah imej tersebut.Ini menyebabkan kebanyakan fail grafik yang menggunakan format ini mempunyai saiz fail yang agak besar.
  • Beberapa format gambar bitmap yang sering dijumpai ialah:GIF,JPEG,BMP dan PNG.
  • Gambar bitmap sangat bergantung kepada resolusi.Jika gambar diperbesarkan maka gambar akan nampak kurang halus sehingga detailnya berkurang.Contoh software yang terdapat bitmap ialah Adobe Photoshop dan Paint.

         Gambar Vector :-
  • Gambar Vektor terdiri dari gabungan koordinat-koordinat titik menjadi garis untuk membentuk sebuah objek,sehingga gambar tidak pecah walaupun diperbesar atau diperkecilkan.
  • Beberapa format gambar vektor ialah :SVG,EPS dan CDR.
  • Gambar vektor tidak bergantung pada resolusi.Jika gambar diperbesarkan atau diperkecilkan ia tidak menjejaskan gambar tersebut.Software yang digunakan untuk membuat gambar vektor adalah CorelDRAW dan Adobe Illustrator.


2) Apakah yang dimaksudkan dengan Graphic Image File Format :-

         JPEG( Joint Photographic Expert Group)
  • Format jenis ini direka untuk memberikan kesan yang lebih baik daripada GIF dalam sesetengah keadaan.JPEG menggunakan teknik pemadatan yang lebih baik dan menghasilkan satu fail grafik yang saiznya lebih kecil.
  • Salah satu kegunaan utama JPEG ini adalah untuk menyimpan fail bagi gambar sebenar.

        GIF( Graphic Interchange Format)
  • Format penyimpanan fail secara GIF sering digunakan untuk menyimpan grafik asas seperti ikon,butang,garisan atau imej-imej yang berbentuk kartun.
      TIFF(Tagged Image File Format)
  • Digunakan bagi tujuan menyimpan fail imej yang dihasilkan oleh peranti-peranti seperti pengimbas imej(scanner),frame grabber ataupun perisian grafik.
  • Ia merupakan antara piawaian atau format fail grafik yang serbaguna dan diterima dengan meluas bagi tujuan mengubahsuai imej-imej warna,hitam putih dan sebagainya.
         WMF(Windows Metafile Format)
  • Format ini digunakan bersama dengan sistem pengoperasian Microsoft windows dan sering digunakan bagi menyimpan imej vektor seperti ''clipart''.Imej yang mempunyai format ini kurang digunakan kerana tidak banyak perisian komputer yang menyokong format fail ini.

3) Apa yang dimaksudkan RGB & CYMK warna :-

      RGB (Red,Green,Blue)
  • Ialah warna-warna asas yang digunakan pada LCD,televisyen,scanner.
  • ia mengabaikan warna hitam
  • tidak boleh digunakan untuk printer colour ia akan menghasilkan warna yang berlainan.
        CYMK(Cyan,Yellow,Magenta,Black)
  • sesuai digunakan untuk printing.
  • Mengabaikan warna putih
  • Menghasilkan warna yang kita kehendaki apabila di print.
Tugasan seterusnya ialah membuat brochure dan booklet..:

 langkah-langkah membuat BROCHURE..
Saya perlu membuka tab microsoft office publisher bagi mendapatkan jenis brochure yang saya perlukan untuk menyiapkan tugasan saya.Seterusnya ialah mengedit brochure yang dipilih mengikut tajuk tugasan masing-masing. 
 inilah contoh brosur saya..




dan ini pula contoh BOOKLET saya..


Sekian sahaja tugasan saya pada minggu ini..saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat membantu sesiapa sahaja yang membacanya.








No comments:

Post a Comment