ini sudah minggu ke dua saya berada dalam kelas komputer ni,minggu nie saya dan pasangan saya membincangkan tentang Learning Management System(LMS) atau dalam bahasa melayunya dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran.LMS ini adalah mengenai satu perisian yang digunakan di semua IPTA dalam proses pembelajaran.
Apa yang saya faham dengan LMS ini adalah ia adalah merupakan sebuah aplikasi pendidikan yang digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.LMS ini juga terbahagi kepada 2 iaitu proprieatary dan open source.Contoh yang dapat saya kongsikan berkaitan aplikasi ini ialah SPIN yang digunakan oleh semua pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia termasuklah saya sendiri.SPIN adalah sebuah sistem maklumat yang digunakan oleh pensyarah dalam penyampaikan pelbagai maklumat terkini berkaitan kursus masing-masing.
Mengapa LMS diwujudkan ?
- Memudahkan pelajar dan pensyarah berinteraksi dalam memberi pelbagai maklumat.
- Sistem ini berkembang dengan cepat dan digunakan dengan meluas sebagai sistem maklumat dan sistem pangkalan data untuk menguruskan dan mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
- membuka dimensi baru dalam pendekatan pengajaran-pembelajaran kerana keupayaannya membekalkan sumber maklumat yang pelbagai menggunakan ejen pencari dan ejen direktori yang efisyen.
Dimana LMS digunakan ?
- Biasanya SPP digunakan di sekolah-sekolah.
- Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Siapa yang menggunakan LMS ini ?
- Pendidik menggunakan perisian ini kerana ia adalah kaedah yang paling mudah untuk berhubung dan berkomunikasi dengan para pelajar dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Bukan itu sahaja,ia juga memudahkan para pendidik menganalisis tugasan dan data pelajar, mengagihkan tugas kepada pelajar dan memberi maklumat tentang kelas dan kursus-kursus mereka.Perisian ini adalah mudah, menjimatkan masa dan boleh diakses bila-bila masa sahaja.
Bagaimana LMS ini digunakan ?
Untuk
menggunakan perisian ini,seseorang individu perlu mendapatkan kata
laluan dan mendaftar sebagai pengguna.Selepas mendaftar,barulah
mereka boleh mengekses dan meneroka pengajaran dan pembelajaran
dengan cara yang mudah dan berkesan.
Kebaikan penggunaan LMS ?
- Konsisten : Membantu memastikan semua maklumat anda diselaraskan.Contohnya:memberi kelebihan kepada guru-guru yang sedang bercuti atau cuti sakit kerana para pelajar boleh menerima bahan kajian dalam ketiadaan guru mereka.
- Easy-learning : Semua maklumat diperolehi dihujung jari.LMS menjadikan pembelajaran menjadi lebih mudah dan mempunyai banyak kelebihan serta keupayaan.
- Pelbagai fungsi : SPP berkembang bertujuan untuk melakukan apa-apa sahaja pat anda bayangkan dengan cara yang lebih mudah dan efektif.
- Memuat turun nota:Memudahkan pelajar untuk memuat turunkan nota pelajaran melalui cara SPP disaat mereka memerlukan bahan rujukan tersebut.
- Membuat penilaian : Penilaian boleh dilakukan secara berkala dan konsistens.
Open source LMS
??
- Docebo - Digunakan dalam persekitaran pendidikan koporat dan lebih tinggi.Menawarkan sokongan untuk beberapa model pembelajaran yang berbeza dan serasi dengan SCORM 2.2 dan 2004.
-
Efront - Memasang asas adalah cukup minimal,tetapi ini adalah mudah dilanjutkan dengan modul dan boleh didapati dalam laman web ini.Versi komersial dengan ciri-ciri tambahan juga disediakan.
-
ILIAS - Menyedikan alat-alat pengujian dan penilaian serta alat kerjasama seperti chat dan forum,dan teknologi peredaran seperti RSS dan podcast.
- OLAT - Satu sistem yang diketengahkan di dalam tahun kesepuluh pembangunan.
- Ganesha - Dibangunkan oleh Anema.Diwujudkan sejak tahun 2001 dan digunakan dalam beberapa pertubuhan yang besar.
No comments:
Post a Comment